Pandangan itu senada dengan kenyataan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang mendapati ordinan darurat bagi menentang penularan berita palsu menindas kebebasan bersuara.<br />Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh menyifatkan, ordinan ini mengukuhkan lagi persepsi bahawa situasi darurat yang sedang dihadapi hanyalah satu tabir untuk mengekang sebarang kritikan terhadap kerajaan.
